Seorang maut, empat cedera dalam kemalangan

Seorang maut, empat cedera dalam kemalangan

MANGSA maut dalam kemalangan di lampu isyarat Jalan Pantai, Lahad Datu hari ini. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LAHAD DATU: Seorang lelaki maut manakala empat mangsa lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di lampu isyarat Jalan Pantai, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 pagi itu, mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sabah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu pada pukul 3.30 pagi dan sepasukan lapan pegawai dan anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebaik sahaja tiba di lokasi, didapati dua kenderaan iaitu Toyota Hilux telah bertembung dengan Perodua Viva dan lima mangsa yang berada dalam Perodua Viva mengalami kecederaan.

“Seorang lelaki berusia 52 tahun yang tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan.

“Empat mangsa lain yang cedera diberi rawatan awal dan dihantar ke hospital menaiki kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dan ambulans bagi menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sementara itu, pemandu Toyota Hilux tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi menyelamat ditamatkan kira-kira pukul 4.51 pagi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini