PUTRAJAYA: Walaupun mempunyai pendidikan yang tinggi dan mempunyai pengalaman yang luas dalam politik namun ia tidak bermakna bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh diperdayakan. Najib ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib ketika sesi soal balas berkata beliau masih boleh melakukan kesilapan sekiranya fakta tidak dibentangkan dengan cara yang betul atau diberikan maklumat yang salah. Bekas Ahli Parlimen Pekan itu juga tidak bersetuju dengan cadangan…










