SARA berjaya dipertingkat hasil reformasi kewangan

SARA berjaya dipertingkat hasil reformasi kewangan

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kadar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dapat dipertingkat kepada RM2,100 daripada RM1,200 hasil reformasi kewangan negara dan kerja keras kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penambahbaikan SARA itu merupakan sebahagian daripada peningkatan peruntukan dibawah Belanjawan 2025 bagi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan SARA.

“Penambahbaikan ini merupakan satu pertambah ke tahap tertinggi dalam sejarah iaitu RM13 bilion berbanding RM10 bilion pada tahun lalu.

“Kerajaan Madani akan terus bekerja keras bagi membolehkan lebih banyak hasil negara dapat dikongsikan kepada mereka yang memerlukan,” katanya menerusi satu kenyataan di Facebook.

SARA akan mula disalurkan dengan jumlah sebanyak RM100 melalui kad pengenalan atau MyKad secara bulanan kepada 700,000 penerima miskin dan miskin tegar seluruh negara bermula Rabu.

Anwar berkata, kadar bantuan itu akan ditingkatkan kepada RM200 sebulan mulai April depan.

Sebanyak 5.4 juta penerima STR turut akan menerima bantuan tambahan SARA mulai April 2025.

“Ini terdiri daripada 700,000 penerima SARA sedia ada dan 4.7 juta penerima STR sedia ada yang tidak berada dalam rekod eKasih,” katanya.

Bagi kategori isi rumah, tambahan sumbangan SARA adalah sebanyak RM100 sebulan.

Golongan warga emas tiada pasangan pula akan menerima sumbangan tambahan SARA sebanyak RM50 sebulan.

Di bawah program SARA, penerima boleh membeli barangan keperluan asas terpilih dengan menggunakan MyKad di kedai-kedai runcit berdaftar yang kini berjumlah lebih 1,200 buah di seluruh negara, berbanding 700 buah pada tahun 2024.

Penerima SARA boleh menggunakan kredit yang disalurkan untuk membeli barang keperluan asas terpilih di bawah kategori barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan, selain daripada barang makanan asas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN