Rakyat Melaka ditipu RM73.4 juta tahun lalu

Rakyat Melaka ditipu RM73.4 juta tahun lalu

NAZRI Zawawi menyampaikan sijil penghargaan kepada seorang anggota polis trafik pada Majlis Apresiasi PDRM 2024 dan lafaz ikrar serta perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Kontinjen Melaka di Bukit Beruang, Melaka, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kerugian membabitkan jenayah komersial di negeri ini meningkat hampir 64 peratus kepada RM79.3 juta tahun lalu berbanding RM48.4 juta bagi tempoh sama pada 2023.

Pemangku Ketua Polis Melaka, Datuk Md. Nazri Zawawi berkata, kes penipuan menjadi penyumbang terbesar iaitu sebanyak RM73.4 juta diikuti kes pecah amanah sebanyak RM4.9 juta.

Kata beliau, jumlah tengkapan melibatkan jenayah komersial meningkat lebih enam peratus daripada 1,110 tangkapan pada 2023 kepada 1,179 tangkapan tahun lepas.

“Sikap mangsa yang mudah terpedaya dengan ugutan dibuat suspek menyebabkan kes komersial semakin meningkat. Mangsa mempercayai ayat yang diguna pakai kerana mempunyai unsur-unsur ugutan ketika mereka menghubungi mangsa.

“Selain itu, ayat-ayat yang digunakan juga boleh memancing (perangkap) mangsa hingga percaya ia merupakan panggilan sebenar daripada pihak-pihak tertentu sedangkan sebaliknya,” katanya dalam sidang akhbar Majlis Apresiasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2024 dan lafaz ikrar serta perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Md. Nazri berkata, statistik jenayah indeks di Melaka sepanjang tahun lalu menunjukkan trend peningkatan sebanyak 16 peratus berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Menurutnya, sebanyak 1,692 kes jenayah indeks telah direkodkan bagi tempoh Januari hingga Disember tahun lalu.

“Daripada jumlah itu, polis berjaya menyelesaikan sebanyak 1,082 kes. Kontinjen Melaka berada di kedudukan ketiga terendah dengan menyumbang hampir tiga peratus kepada jenayah indeks negara jika dibandingkan 14 kontinjen lain.

“Peningkatan yang kecil dan peratusan penyelesaian kes (tinggi) jelas menunjukkan negeri ini masih berada dalam keadaan selamat dan terkawal,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya