PETALING JAYA: Petronas memindahkan pengendalian Kontrak Perkongsian Pengeluaran Kluster Kebabangan (KBBC PSC) kepada ConocoPhillips Sabah Gas Ltd., anak syarikat kepada syarikat tenaga global, ConocoPhillips. Pemindahan itu, yang diselia oleh Pengurusan Petroleum Malaysia, berkuat kuasa pada 21 Januari 2025, menjadikan ConocoPhillips Sabah Gas sebagai pengendali tunggal bagi kluster medan minyak dan gas berkenaan. Petronas berkata, kapasiti eksport kluster itu mampu mencapai sehingga 750 juta kaki padu gas standard sehari. “Lanjutan KBBC…










