SHAH ALAM: Sebuah pertubuhan yang ahlinya berpakaian rasmi seperti istiadat pasukan uniform dipercayai menjual pangkat kehormat dan pingat palsu secara tidak sah. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan pihaknya mendapati penjualan itu ditawarkan kepada orang awam dan mereka yang menyertai pertubuhan tersebut. Jelas beliau, pertubuhan itu didapati berdaftar sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan sejak 2022. “Pertubuhan itu tiada kaitan dengan kongsi gelap namun kami percaya mereka…










