Pengundi Melayu, India potensi kemenangan Perikatan Nasional

Pengundi Melayu, India potensi kemenangan Perikatan Nasional

MAZLAN ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fokus Perikatan Nasional (PN) Pulau Pinang untuk menarik sokongan pengundi Melayu dan India dilihat berpotensi memberikan kemenangan kepada gabungan itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dan Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Penganalisis politik, Prof. Dr. Mazlan Ali berkata, strategi tersebut adalah realistik memandangkan PN terus berdepan cabaran untuk meraih undi pengundi Cina, yang kekal setia kepada Pakatan Harapan (PH), khususnya DAP.

“PN perlu memanfaatkan sokongan sedia ada daripada pengundi Melayu, yang merupakan asas kekuatan gabungan itu, sambil mendekati masyarakat India dengan menekankan isu-isu seperti ekonomi, kos sara hidup, dan peluang pekerjaan.

“Pendekatan ini boleh menjadi kunci kepada PN untuk mencabar dominasi PH di kawasan tertentu, terutamanya kawasan pengundi campuran di mana undi Melayu dan India boleh menjadi faktor penentu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Baru-baru ini, PN Pulau Pinang dilaporkan mengalihkan tumpuan kepada pengundi Melayu dan India selepas kecewa dengan prestasi Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) yang gagal menarik sokongan pengundi Cina.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×