KLANG: Segala isu dan persoalan kekurangan bekalan beras tempatan dan harga belian padi yang timbul akan dijawab pada Sidang Dewan Rakyat yang dijadual awal Februari ini. Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, perbincangan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu berkenaan akan dimulakan seawal minggu pertama sidang Parlimen tahun ini. “Kita juga bersedia untuk menjawab segala persoalan yang timbul mengenai isu berkenaan pada persidangan…