PETALING JAYA: Syarikat penerbangan MASwings kini sah milik kerajaan Sarawak. Pengumuman tidak rasmi itu dibuat Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg selepas Majlis Amanat Perdana sempena ulang tahun kelapan beliau menerajui kerajaan Sarawak, semalam. Abang Johari berkata, perjanjian pengambilalihan syarikat berkenaan akan dilaksanakan dalam masa terdekat. “Berkenaan pengambil alihan MASwings, semuanya sudah beres (selesai),” katanya. Abang Johari berkata, Sarawak telah memperoleh MASwings pada harga yang dipersetujui, yang tidak…










