PASIR SALAK: Pengunjung Kompleks Sejarah Pasir Salak di sini kecewa melihat keadaan kompleks itu yang semakin sepi akibat kekurangan pelancong. Ini kerana kompleks yang dibuka pada tahun 1990, pernah menjadi tumpuan ramai pelancong di awal pembukaannya namun kini semakin kurang pengunjung. Antara yang terdapat di kompleks itu ialah rumah lama dan pameran pelbagai peralatan bersejarah berkaitan pejuang negara ketika menentang British lebih 100 tahun lalu. Pengunjung dari Batu Berangkai, Kampar,…










