Kerajaan tidak sorok Titah Adendum

Kerajaan tidak sorok Titah Adendum

FAHMI Fadzil dalam sidang akhbar mingguan di Putrajaya, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Dokumen dikaitkan dengan Titah Adendum dikatakan daripada Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membenarkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara di bawah tahanan rumah tidak pernah disorok.

Jurucakap kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, beliau sebagai Menteri Komunikasi pun tidak melihat atau dimaklumkan mengenai dokumen tersebut.

“Dokumen dimaksudkan itu sejujurnya tidak disorok, saya sendiri sebagai Menteri Komunikasi tidak ada menerima atau melihat atau pun dimaklumkan mengenai dokumen tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Oleh sebab ia melibatkan Lembaga Pengampunan dan kita juga ambil maklum bahawa Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa supaya kes ini diremit semula ke Mahkamah Tinggi, maka kita perlu mengambil pandangan dan nasihat dari Peguam Negara tentang beberapa perkara yang tidak akan memprejudiskan perjalanan kes tersebut,” katanya menerusi sidang akhbar mingguan di sini semalam.

Isnin lalu, Najib berjaya mendapat kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah untuk memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum.

Titah Adendum berkenaan dikatakan diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang membolehkan bekas Perdana Menteri itu menjalani baki hukuman penjaranya di bawah tahanan rumah, bersabit kesalahan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Fahmi menjelaskan, segalanya adalah berpandukan kepada proses yang berlaku di dalam mahkamah.

“Dan seperti yang Perdana Menteri ada jawab di Parlimen sewaktu sesi PMQT, kita tertakluk kepada prinsip subjudis, maka kita akur dan patuh dengan prinsip itu dan proses di mahkamah itu diteruskan,” katanya.

Ahad lalu, media melaporkan warga Palestin membuat kecoh dan merosakkan barang di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL), dipercayai berpunca kerana mahu proses permohonan pulang mereka ke Palestin dipercepatkan.

Angkatan Tentera Malaysia menerusi kenyataan berkata, insiden kekecohan itu berlaku pukul 5 petang pada 4 Januari lalu, namun situasi itu dapat dikawal pihaknya dengan baik.

Pada 16 Ogos 2024, dua pesawat Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menerbangkan 127 orang awam Palestin yang cedera dari Mesir ke Pangkalan Udara Subang TUDM.-UTUSAN

 

FAHMI Fadzil dalam sidang akhbar mingguan di Putrajaya, semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini