PETALING JAYA: Kerajaan diminta menyelaras segala usaha penyaluran bantuan pembangunan Gaza bagi mengelakkan pihak tertentu daripada mengambil kesempatan terhadap sikap pemurah rakyat Malaysia Eksekutif Strategik (Perhubungan Awam) Cinta Gaza Malaysia (CGM), Haikal Zulkefli berkata, ia merupakan langkah berkesan bagi memastikan tiada ketirisan berterusan berlaku. Kata beliau, pihaknya bimbang dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang cuba untuk memanipulasi derma rakyat ke Gaza demi keuntungan peribadi. “Jika kita dapat koordinasikan dengan kerajaan…