Nepal masih mampu mencari mangsa banjir tanpa bantuan asing - Utusan Malaysia

Nepal masih mampu mencari mangsa banjir tanpa bantuan asing

ORANG ramai berdiri berhampiran jambatan yang runtuh selepas banjir kilat melanda Devighat di daerah Nuwakot, Nepal.. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KATHMANDU: Nepal pada Jumaat memohon bantuan kewangan antarabangsa selepas banjir dahsyat melanda kawasan berhampiran sempadannya dengan Tibet.

Namun, jurucakap Kementerian Luar Nepal,  Lok Bahadur Chhetri berkata, negara itu masih mampu menjalankan operasi tanpa bantuan pasukan penyelamat asing.

“Fokus kami sekarang adalah mencari dan menyelamat,” katanya kepada AFP.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata,  pasukan keselamatan Nepal berupaya mengendalikan operasi menyelamat, tetapi kerajaan akan memohon kepakaran asing khusus jika diperlukan.

“Bukan bermakna, kami tidak memerlukan bantuan, tetapi rangkaian keselamatan kami berkeupayaan dan sedang berfungsi dengan berkesan ketika ini.

“Jika Nepal memerlukan sebarang bantuan atau kepakaran khusus, kami akan memintanya,” ujarnya.

Pejabat Perdana Menteri Nepal telah memohon sumbangan bagi membantu usaha pemulihan selepas bencana itu, termasuk daripada sumber dalam dan luar negara.

Banjir dan tanah runtuh melanda kawasan berkenaan pada Rabu, mengorbankan sekurang-kurangnya hampir 600  orang dan memusnahkan rumah, jalan raya, jambatan serta infrastruktur tenaga hidroelektrik. 

Lebih 1,400 orang masih hilang, termasuk ratusan warga asing.  – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini