Israel 'takut' dengan layang-layang Gaza - Utusan Malaysia

Israel ‘takut’ dengan layang-layang Gaza

LAYANG-LAYANG terbang di ruang udara khemah dan tempat perlindungan sementara di penduduk Palestin di Khan Younis, selatan Semenanjung Gaza.- AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAITULMUQADDIS: Israel dilihat masih terancam dengan kehadiran Hamas di Semenanjung Gaza apabila memberi amaran akan meningkatkan operasi ketenteraan jika pelancaran la­yang-layang, dron dan belon dari wilayah berkenaan berterusan, susulan peningkatan insiden seumpama itu baru-baru ini.

Media Israel melaporkan empat layang-layang ditemuikan di beberapa komuniti berhampiran sempadan Gaza pada Sabtu, manakala sebuah lagi ditembak jatuh tentera Israel pada Ahad. 

Sebanyak 10 layang-layang yang ditemuakn sejak beberapa hari lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Insiden itu mengimbau kembali beberapa siri pelancaran layang-layang dan belon yang membawa bahan pembakar dari Gaza pada tahun-tahun sebelum­nya. Ia mencetuskan kebakaran di kawasan pertanian di selatan Israel.

Menurut laporan media Israel, tentera negara itu percaya Hamas berada di sebalik pelancaran tersebut. Layang-layang, yang tidak membawa bahan letupan, dipercayai mungkin digunakan untuk menguji tindak balas Israel.

“Israel memberi amaran kepada Hamas jika pelancaran ke arah Israel tidak dihentikan serta-merta, Angkatan Pertahanan Israel (IDF) akan mengambil tindakan untuk meningkatkan operasi bersasar terhadap mereka yang bertanggungjawab.

“Kami akan memindahkan penduduk dari kawasan tempat layang-layang dron dan belon dilancarkan,” kata Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Israel Katz dalam kenyataan bersama.

Mereka berkata, penilaian keselamatan turut diadakan pada Ahad bersama pegawai kanan tentera dan keselamatan bagi membincangkan perkara itu.

Hamas bagaimanapun menafikan bertanggungjawab terhadap pelancaran berkenaan.

Anggota biro politik Hamas, Bassem Naim berkata, layang-layang tersebut dilancarkan dari Gaza oleh anak-anak-kecil. Dalam kenyataan berasingan, kumpulan itu menuduh Israel menggunakan insiden layang-layang berkenaan sebagai alasan untuk melancarkan sera­ngan udara di tengah Gaza pada Ahad. 

Menurut perkhidmatan penyelamat Pertahanan Awam Gaza, tiga orang terbunuh dalam serangan tersebut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini