Kementerian Kerja Raya mahu selesai 16 projek ‘sakit’ negara

Kementerian Kerja Raya mahu selesai 16 projek ‘sakit’ negara

AHMAD MASLAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Kementerian Kerja Raya menyasarkan untuk menyelesaikan kesemua 16 projek sakit yang dikenalpasti di seluruh negara tahun ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek itu meliputi tiga peratus di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) yang berpunca daripada masalah kewangan dan pengurusan daripada pihak kontraktor yang dilantik.

“Kita menerusi JKR ada memberi amaran kepada kontraktor terlibat atau membuat pelantikan baharu, justeru kita menyasarkan untuk sifar atau kosongkan semua projek sakit dan mahu menyelesaikannya tahun ini,” katanya pada sidang akhbar pada lawatan kerja rasminya di Ibu pejabat JKR Selangor, semalam.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan sebanyak 16 projek sakit berpunca daripada pembinaannya yang terlewat 60 hari atau lewat 20 peratus dari jadual.

Antara lain ia melibatkan dua projek di Sabah merangkumi pembinaan bangunan, jalan raya, jambatan dan sebagainya manakala hanya satu projek sakit dikenal pasti di Selangor melibatkan Klinik Kesihatan Timah La­ngat, Sepang.

Projek dikategorikan sebagai bermasalah sekiranya terlewat 20 peratus atau dua bulan dari tarikh yang ditetapkan.

Ahmad berkata, sebanyak 20 projek Persekutuan di bawah JKR Selangor dikenal pasti bagi tahun ini yang meliputi pembinaan bangunan baharu dengan kos RM223.73 juta dan tujuh projek penyenggaraan bangunan bernilai RM 28.97 juta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN