Jurang gaji ikut jantina tidak sepatutnya berlaku

Jurang gaji ikut jantina tidak sepatutnya berlaku

LEBIH 65 peratus pemegang ijazah di negara ini memperoleh gaji bulanan di bawah RM3,000, sekali gus memperoleh pendapatan 'cukup-cukup makan' tanpa ruang untuk menyimpan, melabur, atau meningkatkan mobiliti sosial mereka. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Sumber Manusia bagi mendapatkan keadilan berhubung isu jurang gaji antara siswazah lelaki dan wanita.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku memandangkan siswazah kini memiliki kelayakan akademik yang setaraf.

Bagaimanapun, katanya, perkara tersebut tidak sempat dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet yang kelmarin.

“Namun, saya akan menghantar surat rasmi kepada Menteri Sumber Manusia untuk mengambil tindakan susulan berhubung perkara ini.

“Kita juga perlu mendapatkan jawapan daripada pihak kementerian itu agar perkara ini dapat diselesaikan dan keadilan dapat diberikan kepada setiap pekerja terutama wanita,” katanya kepada Mingguan Malaysia, semalam.

Kelmarin, Utusan Malaysia melaporkan isu jurang gaji antara lelaki dan wanita akan dibincangkan dalam mesyua­rat Kabinet kerana ia membabitkan hak dan kebajikan setiap pekerja.

Nancy dilaporkan berkata, pihaknya mahu perkara itu dibincangkan dengan lebih lanjut untuk men­dapatkan soko­ngan dan pan­dangan ang­gota Kabinet lain.

“Jurang gaji ini perlu ditangani segera kerana ia mencerminkan ketidaksamarataan yang tidak adil kepada golongan wanita terutama dalam sektor pekerjaan yang memerlukan kelayakan dan kemahiran yang sama,” katanya.

Berdasarkan Laporan Statistik Siswazah 2023 oleh Jabatan Perangkaan (DOSM), siswazah wanita di Malaysia pada 2023 secara purata memperoleh gaji bulanan RM3,340, manakala siswazah lelaki memperoleh RM4,240.

Ini bermakna terdapat jurang gaji sebanyak RM900 antara siswazah lelaki dan wanita walaupun mereka memiliki kelayakan akademik yang setara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN