Jualan Rahmah diserbu menjelang Ramadan

Jualan Rahmah diserbu menjelang Ramadan

PROGRAM Jualan Rahmah menjadi tumpuan orang ramai membeli barangan keperluan menyambut ketibaan Ramadan di Kuala Terengganu, Terengganu. -UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Program Jualan Rahmah di pekarangan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran, di sini semalam menjadi tumpuan orang ramai untuk mendapatkan pelbagai barangan keperluan harian sebagai persiapan menyambut ketibaan Ramadan.

Antara barangan yang laris ialah ayam, daging, minyak, beras, telur, susu, bawang, kopi, teh dan pelbagai kelengkapan dapur yang lain.

Seorang surirumah, Noorazira Mad Salleh, 39 berkata, dia menyediakan bajet hampir RM300 untuk membeli barangan dapur di Jualan Rahmah itu bagi kegunaan sepanjang Ramadan kali ini.

“Harga memang murah lebih 20 peratus berbanding harga pasaran sebab saya sudah buat tinjauan di pasar raya berdekatan sebelum ini.

“Jadi, saya ambil ke­sempatan memborong banyak barang di sini dan berulang-alik naik lif menghantar barang yang dibeli bersama suami dan tiga anak,” katanya yang lega kerana sudah mempunyai kelengkapan barangan untuk memasak sepanjang Ramadan pada harga berbaloi.

Seorang kakitangan swasta, Amirul Hafiz bin Abdul Manaf, 53, pula berkata, dia membuat perancangan rapi untuk perbelanjaan dapur sepanjang Ramadan tahun ini memandangkan kos barangan dijangka terus meningkat.

“Saya dan isteri mahu kurangkan membeli makanan berbuka di luar sebagai langkah berjimat cermat. Jadi, kami buat pelan menu berbuka puasa secara mingguan untuk mudah merancang pembelian barangan yang diperlukan di Jualan Rahmah ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya