Dulu baiki perabot terpakai, kini jadi pengusaha kedai

Dulu baiki perabot terpakai, kini jadi pengusaha kedai

WAN Mohd. Zahiruddin Wan Sidik menunjukkan set kerusi milik pelanggan yang siap dibaiki di Kampung Kubang Laka, Peringat, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jika sebelum ini dia hanya membantu membaiki peralatan perabot atau sofa terpakai, kini seorang pemuda dari Kampung Kubang Laka, Peringat di sini menjadi ‘tauke’ dengan menerima upah mencecah RM2,000 untuk setiap set perabot.

Wan Mohd. Zahiruddin Wan Sidik, 28, berkata, sebelum itu dia membantu bapa mentuanya yang tinggal di Melaka pada 2020 selepas tidak mempunyai sebarang pekerjaan dan negara diancam pandremik Covid-19.

Katanya, selepas itu dia mengambil keputusan pulang ke kampung untuk meneruskan bidang tersebut untuk menyara isteri dan dua anaknya.

“Pada mulanya kerja membaik pulih peralatan itu seperti set meja makan, kerusi atau sofa sangat merumitkan kerana ia memerlukan kemahiran dan  seni. Pengalaman lebih dua tahun itu akhirnya berhasil,”  katanya ketika ditemui di rumah keluarganya, di sini baru-baru ini.

Katanya, setiap perabot terpakai yang dibaiki dikenakan bayaran antara RM1,000 hingga lebih RM2,000.

Wan Mohd. Zahiruddin berkata, perabot yang dibaiki mampu disiapkan dalam tempoh sebulan atau lebih bergantung kepada bentuknya.

“Alhamdulillah, setakat ini ramai yang datang untuk membaiki  termasuk daripada menukar sarung kusyen kerusi jenis kulit dan membuat semburan warna supaya kelihatan baharu seakan-akan dibeli di kedai perabot.

“Kerja membaik pulih perabot turut dibantu dua pekerja iaitu mengukur, memotong kain gantian pada perabot atau sofa dan menjahit sarung kusyen,” ujarnya yang juga bekas penuntut Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Sepang (IKTBN) Sepang Selangor.

Katanya, pelanggan yang datang berpuas hati dengan hasil kerjanya, selain turut memberi perkhidmatan menghantar barangan tersebut yang sudah siap ke rumah mereka.

Katanya, dia berhasrat membuka sebuah kedai yang dilengkapi peralatan dan lebih besar pada suatu hari nanti.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN