PONTIAN: Golongan peniaga di negeri ini bersedia menerima lebih ramai pengunjung, termasuk warga Singapura susulan perubahan cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad, mulai minggu ini. Mereka mengakui tidak menghadapi masalah kerana mempunyai pekerja yang mencukupi, khususnya pada hujung minggu bagi melayan dan memberi perkhidmatan yang baik kepada pelanggan. Pengusaha Restoran Kopi Tenggek, Ghazaly Ayuib, 54, berkata, jika sebelum kehadiran pengunjung paling ramai pada Jumaat, Sabtu dan Ahad, namun berikutan…