Cadangan WBB bukan daripada Pegawai Tadbir dan Diplomatik

Cadangan WBB bukan daripada Pegawai Tadbir dan Diplomatik

ADNAN MAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Cadangan Waktu Bekerja Berlainan (WBB) bukan datangnya daripada Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD), sebaliknya melibatkan Jawatankuasa Pe­nasihat dan Tindakan Perubatan (MAAC).

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Dr. Adnan Mat berkata, perkara itu telah disalahertikan oleh sesetengah pihak sehingga mencetuskan polemik.

“Oleh itu, tidak wajar mana-mana pihak me­nyalahkan kumpulan pe­gawai ini tanpa asas yang kukuh. PTD sentiasa memainkan peranan penting dalam membantu kerajaan melaksanakan dasar dengan profesional demi kepentingan negara.

“Jangan buat spekulasi atau menyalahkan mana-mana pihak secara tidak adil. Sebalik­nya, semua tenaga harus difokuskan kepada usaha mencari penyelesaian terbaik demi kepenti­ngan perkhidmatan awam dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhannya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Kelmarin, Persatuan Per­khidmatan Tadbir dan Diplomatik (PPTD) membidas tuduhan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin bahawa PTD hanyalah ‘sekumpulan yang melihat pada helaian Excel’ tanpa memahami realiti yang berlaku dalam sektor ke­sihatan.

Khairy melalui podcast Keluar Sekejap me­ngaitkan kegagalan sistem WBB bagi petugas kesihatan dengan jurang pemahaman dalam kala­ngan birokrat di Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap realiti operasi hospital.

Adnan berkata, CUE­PACS menyokong langkah Kementerian Kesihatan untuk menubuhkan satu jawatankuasa khas bagi mengkaji penja­dua­lan waktu kerja dan pemerkasaan penyam­pai­an perkhidmatan kesihatan negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN