SANDAKAN: Seorang pemandu bas persiaran parah manakala enam pelancong warga China cedera ringan apabila bas yang dinaiki terbabas sendiri di Jalan Lintas Sibuga, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 9 pagi itu, bas persiaran yang dinaiki 18 mangsa termasuk pemandu lelaki berusia 63 tahun itu mengalami kemalangan dengan terbabas sendiri. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan, Severinus @ Mohd Nidzam Sainkui berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan…










