PETALING JAYA: Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki menafikan dakwaan beliau merupakan individu yang terlibat dalam isu salah laku dalam perolehan projek di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) seperti ditularkan di media sosial. Afdlin berkata, dakwaan tersebut merupakan satu usaha pihak tidak bertanggungjawab untuk memburukkan namanya. Menurut beliau, pihak yang mendakwanya itu mempunyai perasaan hasad dengki dan dendam kepadanya yang tidak bertempat. “Baru-baru ini, telah tular sebuah hantaran dalam…










