SPRM rakam keterangan 15 individu termasuk 8 ADUN

SPRM rakam keterangan 15 individu termasuk 8 ADUN

AZAM Baki (tengah) melakukan gimik penutup Program Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2024 di Auditorium Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) di sini, semalam. Turut sama, Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah (dua kiri). GAMBAR: FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah mengambil keterangan 15 individu termasuk lapan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah serta seorang pemberi maklumat berhubung video dakwaan skandal rasuah melibatkan ADUN negeri itu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, semua sesi keterangan itu selesai diambil pada Sabtu lalu.

“Namun sehingga hari ini pemberi maklumat itu enggan menyerahkan apa-apa bukti kerana masih menuntut perlindungan untuk imuniti daripada dikenakan sebarang dakwaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami menerima laporan terhadap pemberi maklumat itu yang didakwa bersekongkol dengan seorang pegawai Kerajaan Negeri Sabah berhubung isu penerokaan mineral,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) tahun 2024 di Auditorium Ang­kasa di sini, semalam.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini