Saya belum ada keputusan - Tengku Zafrul

Saya belum ada keputusan – Tengku Zafrul

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendakwa beliau tidak membuat sebarang keputusan berhubung keahlian mana-mana parti walaupun telah mengadakan perbincangan dengan PKR.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, perbincangan yang diadakan itu juga bukan  mengenai jawatan.

“Ingin tegaskan dalam perbincangan awal ini tidak ada perbincangan jawatan di peringkat negeri mahupun pilihan raya kecil dibincangkan.

“Saya tiada pun membuat apa-apa keputusan mengenai keahlian mana-mana parti seperti yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Beliau mengulas desas-desus berhubung menyertaannya bersama PKR.

Mengulas lanjut, Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri percaya adalah hak individu untuk memilih landasan perjuangan kerana ia adalah hak asasi dan mutlak.

“Saya percaya rakyat Malaysia sudah muak dengan politik remeh dan tidak sihat ini.

“Ini termasuk serangan belakang tabir tanpa asas, agenda ‘cah keting’ dan sebagainya, terutama sekali kerana saya yakin apa yang rakyat mahu bukan politik ekstrem tetapi usaha kita semua untuk membina rakyat dan negara.

“Ramai maklum isu-isu ini semua telah saya ketengahkan sebelum ini dalam konteks UMNO Selangor tetapi malangnya perkara ini masih membelenggu UMNO Selangor,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×