Sangka letupan mercun, rupanya kedai alat perkakasan terbakar

Sangka letupan mercun, rupanya kedai alat perkakasan terbakar

ANGGOTA bomba berusaha memadam kebakaran kedai perkasakan di Kampung Chica, Jalan Pasir Puteh, Kota Bharu, Kelantan. - IHSAN BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Sebuah kedai alat perkakasan musnah terbakar  di Kampung Chicha, Jalan Pasir Puteh, di sini, tengah malam tadi.

Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 12.29 tengah malam itu disedari penduduk setempat yang mendengar bunyi letupan dari arah premis tersebut.

Saksi kejadian, Suhaiza Jaafar, 33, berkata, pada mulanya dia mendengar letupan seakan-akan bunyi mercun di kawasan kedai tersebut yang terletak kira-kira 50 meter dari rumahnya.

Katanya, dia menjenguk melalui tingkap sebelum melihat asap dan api sedang marak di dalam kedai berkenaan.

“Bimbang api merebak ke kawasan rumah, menghubungi talian kecemasan. Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya tidak sempat menelefon pemilik kedai kedai itu. Semasa kejadian, premis itu sudah ditutup dan pemiliknya tinggal di kawasan kampung tidak jauh dari Kampung Chicha,” katanya hari ini.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Mohd. Faizul Anuar Mohd. Pauzi berkata, koperasi tamat sepenuhnya kira-kira pukul 2.08 pagi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN