PETALING JAYA: Bantuan Awal Persekolahan (BAP) sebanyak RM150 akan diperluaskan kepada pelajar tingkatan enam bermula sesi persekolahan 2025/2026. Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, perluasan pemberian BAP itu dijangka memberi manfaat kepada lebih 100,000 pelajar tingkatan enam dengan implikasi kewangan kira-kira RM15 juta. “Kadar bantuan adalah sebanyak RM150 bagi setiap pelajar. Agihan BAP kepada pelajar tingkatan enam sedia ada akan dilaksanakan pada Februari 2025. “Manakala, pelajar Tingkatan Enam baharu pula akan…










