RCI Batu Puteh: Motif politik, mahu hancurkan saya - Dr. Mahathir

RCI Batu Puteh: Motif politik, mahu hancurkan saya – Dr. Mahathir

MAHATHIR Mohamad ketika sidang akhbar di Putrajaya. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Batu Puteh adalahbermotifkan politik semata-mata dan mahu ‘menghancurkannya’.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau mendapati laporan yang dibuat itu dilihat mahu mencari jalan untuk menjatuhkan imej dan reputasinya.

“Ya, ini memang bermotifkan politik. Saya rasa sangat begitu. Tujuannya adalah untuk menghancurkan saya dengan memanggil saya pengkhianat dan sebagainya.

“Kita kena pegang pada undang-undang dan apa sebenarnya berlaku tetapi kita dapati laporan ini yang dibuat oleh RCI ini cari jalan nak tumpu kepada saya kononnya saya buat keputusan ini seorang diri. Ini tidak betul,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, beliau juga mendapati, laporan RCI itu sendiri berat sebelah kerana hanya menuding kesalahan itu kepadanya sahaja.

Beliau ingin menegaskan bahawa keputusan melepaskan Batu Puteh ketika itu dibuat secara bersama dan diputuskan dalam mesyuarat Jemaah Menteri.

“Jadi, kertas (RCI) ini nampaknya menunjukkan bahawa saya lah yang bertanggungjawab. Tetapi bukan saya seorang. Ia adalah keputusan Kabinet.

“Namun, sudah tentu mereka tidak boleh mendakwa keseluruhan Kabinet. Jadi, mereka mahu mendakwa saya sahaja di bawah undang-undang jenayah,” katanya.

Ditanya sama ada beliau sedia untuk disiasat berhubung isu itu, Dr Mahathir berkata, jika ada siasatan, beliau bersedia dan akan memberikan kerjasama.

“Jika mereka mahu menyoal saya atau membuat siasatan jenayah, mereka dialu-alukan untuk melakukannya kerana saya sangat berhati-hati dengan kelakuan saya sepanjang 22 tahun menjadi Perdana Menteri.

“Malah tuduhan bahawa saya mencuri wang daripada kerajaan juga tidak dapat dibuktikan sehingga kini,” katanya.

Pada masa sama, Dr Mahathir mendakwa, laporan RCI itu mengandungi beberapa kecacatan di mana 47 daripada 217 muka surat telah dipadamkan.

“Ia sepatutnya menjadi dokumen lengkap. Maksud saya, ia adalah sesuatu yang menjadi kepentingan awam. Tetapi mereka mengeluarkannya dengan pembatalan seperti ini,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN