Perlu ramai pekerja bagi RM200b projek pembinaan 2025

Perlu ramai pekerja bagi RM200b projek pembinaan tahun hadapan

AHMAD Maslan menandatangani plak perasmian Karnival Kemahiran Kerjaya dan TVET Pembinaan di Dewan Jubli Intan, Pontian di Johor semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Kementerian Kerja Raya mengunjurkan perbelanjaan sebanyak RM200 bilion sektor pembinaan pada tahun depan merangkumi projek kerajaan, swasta, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC).

Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, projek itu melibatkan pembinaan jalan, lebuhraya, jambatan, memperbaiki cerun, bangunan, penyelenggaran dan sambungan projek.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak RM88 bilion merupakan peruntukan dalam Belanjawan 2025, manakala anggaran projek-projek GLC dan GILC sebanyak RM32 bilion, manakala RM80 bilion daripada sektor swasta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Penambahan kemudahan infrastruktur awam seperti jalan, jambatan, lebuhraya, sekolah, hospital, perumahan rakyat semuanya menjurus bagi meme­nuhi keperluan rakyat di seluruh negara.

“Ini tentunya dapat membantu menyelesaikan keperluan rakyat terutamanya di kawasan pedalaman yang memerlukan jalan perhubungan yang baik, perkhid­matan kesihatan, kemudahan pendidikan dan sebagai­nya,” katanya selepas merasmikan Karnival Kemahiran Kerjaya dan TVET Pembinaan anjuran Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) di Dewan Jubli Intan, di sini semalam yang turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Hasrunizah Hassan; Pengarah CIDB Johor, Ahmad Farrin Moktar dan Pegawai Daerah Pontian, Kamalludin Jamal.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata, dengan unjuran perbelanjaan yang besar, negara memerlukan lebih ramai pekerja mahir dalam sektor pembinaan bagi mengurangkan kebergantu­ngan terhadap pekerja asing.

“Oleh itu, pelaksanaan program TVET pembinaan oleh Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Selatan memerlukan lebih ramai pelatih bagi memenuhi keperluan industri binaan pada masa depan,” katanya sambil memaklumkan hingga kini, ABM Wilayah Selatan berjaya melatih 70,000 orang pekerja binaan mahir selain melahirkan pemilik syarikat (kontraktor) sekurang-kurangnya kelas G3.

Menurutnya, pada tahun ini ABM Wilayah Selatan melatih 808 golongan belia dan 782 pekerja binaan serta mengakreditasi 3,100 pekerja binaan yang mahir dalam bidang masing-masing. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini