IPOH: Kumpulan peniaga kecil di Dataran Ipoh di sini merayu supaya tapak mereka berniaga ketika ini dikekalkan dan tidak dipindahkan ke tapak baharu seperti yang diarahkan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). Mereka terdiri daripada 80 peniaga Carbooth Dataran MBI di sini yang menjalankan pelbagai jenis perniagaan terutama makanan dan minuman viral di lot parkir yang dijadikan sebagai tapak perniagaan. Mereka diarah supaya berpindah ke lokasi baharu selewat-lewatnya sebelum 21 Disember ini.…










