Penduduk dakwa wujud pembangunan tidak terancang di Nilai

Penduduk dakwa wujud pembangunan tidak terancang di Nilai

PENDUDUK Taman Desa Kasia, Nilai, Seremban menyatakan bantahan mereka projek pembangunan di kawasan itu yang didakwa dijalankan secara tidak terancang. - UTUSAN/NUR SHARIEZA ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pembangunan tidak menepati perancangan asal termasuk binaan pangsapuri dibimbangi bakal memberi pelbagai masalah dan kesan buruk kepada penduduk di Taman Desa Kasia, Nilai di sini.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Desa Kasia, Omarruddin Ibrahim berkata, kawasan perumahan yang dahulunya digazetkan sebagai berkepadatan rendah serta kawasan komuniti berpagar, kini ditukar kepada kawasan komersial.

Lebih membingungkan katanya, kerja-kerja infrastruktur seperti pembetungan, pendawaian dan pelebaran jalan dilaksanakan sejak tahun lepas oleh kontraktor dilantik pemaju, didakwa gagal mengikut jadual kerja ditetapkan.

“Kami tidak menentang pembangunan tetapi ia haruslah dilakukan dengan terancang dan mengikut perancangan asal serta tidak menyusahkan penduduk sedia ada.

“Hari ini rancangan pembangunan semakin rancak hingga ada kerja-kerja pelebaran jalan yang dilakukan terlalu dekat dengan kawasan rumah penduduk.

“Apa yang menjadi persoalan kami, macam mana kawasan berkepadatan rendah ini ditukar kepada kawasan komersial dan sejak bila pihak berkuasa tempatan meluluskannya,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Populasi penduduk di kawasan itu adalah sekitar 1,000 orang dan berkemungkinan ia akan bertambah dengan perancangan pembangunan baharu sekitar taman ini.

Kata Omarruddin, persatuan penduduk juga pernah cuba berbincang dengan pemaju untuk mengetahui keseluruhan perkembangan serta pelan berkaitan projek yang dilaksanakan, namun gagal.

Penduduk G. Kogilavani, 41, berkata, rumahnya antaranya paling terjejas kerana di keliling longkang dan jubin di luar rumahnya telah mulai retak berikutan kerja-kerja pelebaran jalan dilakukan kontraktor. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN