Pemain sepak takraw wanita perlu banyak kejohanan

Pemain sepak takraw wanita perlu banyak kejohanan

AKSI menarik pertemuan antara Selangor bertemu Melaka bagi regu wanita pada Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2024 di Dewan Bola Keranjang Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Bukit Serindit, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pemain sepak takraw wanita meminta Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) menganjurkan lebih banyak pertandingan di setiap negeri bagi membolehkan mereka berdaya saing dan mampu menyaingi kehebatan Thailand dan Vietnam, dua nama besar di Sukan SEA, Sukan Asia serta Piala Raja Thai.

Pelibas kebangsaan, Nur Athirah Roslan, 22, berkata, pemain wanita memerlukan banyak kejohanan untuk meningkatkan prestasi dan memantapkan corak permainan supaya mampu meraih pingat Sukan SEA di Thailand, tahun depan.

Katanya tanpa pertandingan kompetitif, sukar buat pemain menilai keupayaan dan kewibawaan masing-masing dan berharap kejohanan sepak takraw untuk wanita dianjurkan seperti Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2024, lantaran kekurangan pertandingan menyebabkan sukar untuk pemain memantapkan prestasi.

“Ini kali pertama kami dapat bermain di kejohanan peringkat tempatan dan dapat menilai keupayaan sebenar dan kelemahan perlu diatasi,” katanya kepada yang turut mewakili Perak di Kejohanan Sepak Takraw Piala Tun Ali 2024

Pemain, Siti Nor Suhaida Jafri, 28, selaku tekong Kuala Lumpur dalam reaksinya berkata, kalau dibandingkan dengan regu lelaki, mereka ada banyak kejohanan seperti Liga Sepak Takraw (STL), Piala Emas Khir Johari dan sebagainya berbanding skuad wanita yang terhad, justeru beliau menyarankan kejohanan untuk wanita diadakan sekurang-kurangnya lima kali setahun, bertujuan membantu pemain memperbaiki corak permainan dan meningkatkan prestasi. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya