Parlimen: Kerajaan henti kontrak beberapa syarikat

Parlimen: Kerajaan henti kontrak beberapa syarikat, pilih ubat generik yang berpatutan

ANWAR Ibrahim ketika sesi soal jawab di Parlimen hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan akan membatalkan komitmen kontrak dengan beberapa syarikat pengeluar ubat yang memonopoli sektor kesihatan negara bagi menangani kos perubatan yang semakin meningkat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bertujuan membuka ruang dalam mencari ubat generik yang lebih murah dan berpatutan sekali gus mengurangkan beban kos rawatan kepada rakyat.

Kata beliau, kajian menunjukkan ubat generik terbukti berkualiti dan lebih mesra kos tanpa kompromi terhadap keberkesanan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita tahu bahawa alasan kos perubatan. Pertama ubatan sekarang ini tiada kawalan dan malah pembelian ubat ini selama puluhan tahun ini monopoli, jadi sebab itu kita akan batalkan beberapa komitmen kepada satu hingga dua syarikat.

“Kita minta Kementerian Kesihatan seperti mana beberapa negara lakukan, menjelajah ke beberapa negara supaya mendapat ubat generik yang lebih murah dan berpatutan.

“Ubat generik ini lebih terkenal di Brazil, India dan China umpamanya yang dikaji dan tidak semestinya terikat dari Amerika atau Eropah yang kosnya terlalu tinggi,” katanya dalam Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) yang meminta kerajaan menyatakan langkah mengatasi masalah kenaikan premium insurans perubatan antara 40 peratus hingga 70 peratus dan inflasi kos perubatan negara sebanyak 12.6 peratus tahun 2023, lebih dua kali ganda berbanding purata global 5.6 peratus. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini