Lelaki disyaki tikam ibu direman tujuh hari

Lelaki disyaki tikam ibu direman tujuh hari

LELAKI yang disyaki menikam ibunya sehingga menyebabkan kematian dibawa ke Mahkamah Majistret Kluang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG:  Seorang lelaki yang disyaki menikam ibunya sehingga mati di Felda Ayer Hitam, dekat sini ditahan reman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret bermula hari ini.

Perintah tahanan reman  terhadap suspek yang berusia dalam lingkungan 20-an itu dikeluarkan Majistret Mustaqim Sukarno.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap berwarna ungu tiba di pekarangan mahkamah dengan dikawal  anggota polis pada pukul 9 pagi. 

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh dalam kenyataan memaklumkan, suspek ditahan di Felda Ayer Hitam pada pukul 11 pagi semalam. 

Dia ditahan selepas pihaknya menerima laporan tentang seorang wanita berusia dalam lingkungan 50-an yang ditemukan terbaring tidak sedarkan diri dengan kesan tikaman pada bahagian badan.

Walau bagaimanapun, mangsa meninggal dunia di Hospital Besar Enche Hajjah Khalsom (HEBHK) dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN