RAUB: Isu membabitkan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dikatakan akan menyertai PKR bukan ‘drama’ yang sengaja dicetuskan sepertimana didakwa pembangkang. Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang, Dr. Che Hamdan Che Mohd. Razali berkata, ia bukan untuk menutup isu besar yang melanda negara termasuk membabitkan Titah Adendum bagi membolehkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib…










