Kereta terbabas akibat tumpahan diesel di Bukit Tangga

Kereta terbabas akibat tumpahan diesel di Bukit Tangga

BOMBA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Para pengguna jalan raya hari ini mengadu Jalan Seremban-Simpang Pertang dekat Bukit Tangga di sini dicemari tumpahan minyak diesel hingga menyebabkan beberapa kenderaan turut terbabas.

Beberapa gambar menunjukkan gambar kenderaan terbabas di jalan tersebut turut tular di media sosial dipercayai berpunca daripada perkara tersebut.

Pegawai Bomba Kanan II, Kamarul Azmi Zainal Abidin dari Balai Bomba Kuala Klawang, di sini berkata, pemeriksaan yang dilakukan pihaknya kira-kira pukul 2.05 petang mendapati terdapat tumpahan minyak di bahu jalan sepanjang lima meter di Kilometer 21 jalan berkenaan.

“Komander operasi mengarahkan anggota bertugas melakukan pembersihan tumpahan minyak dengan menggunakan satu aliran salur bantu mula pam jentera bomba dan buih sehingga selesai.

“Pasukan bomba selesai melakukan pembersihan hampir sejam dan berpuas hati tumpahan itu telah ditangani dengan baik,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, terdapat sebuah kereta terbabas di tepi longkang tetapi tiada kecederaan dilaporkan terhadap pemandu.

Sementara itu seorang pemandu kereta, Sharifah Nur Tasneen Saiyed Jaafar, 23, berkata, beliau sedang dalam perjalanan dari Kuala Klawang ke Seremban kira-kira pukul 7 pagi apabila kereta yang dipandunya hilang kawalan ketika sedang mengambil selekoh tajam di kawasan Bukit Tangga.

“Saya bernasib baik kerana dapat berhenti selepas kawalan stering kereta seperti sedang melalui jalan sangat licin,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN