Kerajaan cadang tambah peruntukan untuk mangsa banjir

Kerajaan cadang tambah peruntukan untuk mangsa banjir

ANWAR Ibrahim-JABATAN PENERANGAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kerajaan berhasrat untuk mempertimbangkan penambahan peruntukan kepada mangsa banjir, terutamanya mereka yang mengalami kerosakan pada kediaman atau kehilangan sumber pendapatan seperti haiwan ternakan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, mangsa banjir yang terjejas boleh memohon bantuan melalui agensi kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Katanya, langkah ini bertujuan untuk memastikan bantuan disalurkan kepada golongan yang benar-benar memerlukan.

“Mangsa banjir kilat yang telah dikenalpasti sebagai terjejas boleh memohon melalui JKM. Kita boleh mempertimbangkan untuk menambah peruntukan kepada mereka.

“Namun begitu, proses ini memerlukan masa kerana ia perlu melalui tatacara yang ditetapkan,” katanya sewaktu sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) di Dewan Rakyat, hari ini.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian ketika menjawab soalan yang diajukan oleh Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Mohd. Isam Isa (BN-Tampin).

Menjawab pertanyaan mengenai kemungkinan peruntukan khas untuk membantu mangsa banjir, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa sebarang bentuk bantuan mesti disalurkan secara berhemah agar tiada pihak yang memanipulasi dana tersebut.

“Kita mahu memastikan bantuan sampai tepat kepada mangsa yang memerlukan. Oleh itu, permohonan dan agihan perlu melalui sistem yang telus dan teratur,” jelas beliau.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN