Kenaikan gaji minimum jangka beri rangsangan

Kenaikan gaji minimum jangka beri rangsangan kepada sektor pengguna tempatan

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenaikan gaji minimum pada tahun hadapan dijangka memberi rangsangan kepada sektor pengguna tempatan, menurut OUB Kay Hian Research. 

Bermula 1 Februari 2025, gaji minimum akan meningkat daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan.

Firma penyelidikan berkata, kenaikan gaji seharusnya menampan perbelanjaan pengguna, lebih daripada mengimbangi kos rasionalisasi subsidi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 dan pelarasan gaji kakitangan awam dijangka menyebarkan RM20.4 bilion kepada 6.05 juta individu.

“Dengan tambahan RM5 bilion daripada skim pengeluaran Akaun 3 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), peningkatan ketara kepada pendapatan boleh guna ini boleh memacu perbelanjaan isi rumah, terutamanya dalam kalangan kumpulan berpendapatan rendah,” katanya dalam satu nota kajian.

Firma penyelidikan berkata, peruncit seperti 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd. dan MR D.I.Y Group (M) Bhd. dilihat merupakan penerima manfaat utama daripada kenaikan itu, manakala peruncit lain seperti Senheng New Retail Bhd., Padini Holdings Bhd. dan MyNews Holdings Bhd. boleh menerima kesan positif.

Sementera itu, UOB Kay Hian berkata, kerajaan merancang penyasaran semula subsidi petrol pada pertengahan 2025.

Menurut firma penyelidikan tersebut, rasionalisasi itu seharusnya menjimatkan kerajaan RM8 bilion setahun.

Sementara itu, katanya, saham pengguna melaporkan jualan mendatar semasa musim pelaporan kewangan suku ketiga 2024.

“Jualan suku ketiga 2024 sektor itu mendatar pada -0.2 peratus tahun ke tahun (-0.1 peratus suku ke suku),” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×