PETALING JAYA: Kenaikan gaji minimum pada tahun hadapan dijangka memberi rangsangan kepada sektor pengguna tempatan, menurut OUB Kay Hian Research. Bermula 1 Februari 2025, gaji minimum akan meningkat daripada RM1,500 kepada RM1,700 sebulan. Firma penyelidikan berkata, kenaikan gaji seharusnya menampan perbelanjaan pengguna, lebih daripada mengimbangi kos rasionalisasi subsidi. “Kenaikan gaji minimum kepada RM1,700 dan pelarasan gaji kakitangan awam dijangka menyebarkan RM20.4 bilion kepada 6.05 juta individu. “Dengan tambahan RM5 bilion…










