Industri pelancongan tempatan perlu berubah

Industri pelancongan tempatan perlu berubah untuk kekal kompetitif

ORANG ramai beratur panjang di pos sempadan imigresen Malaysia-Thailand untuk ke Thailand sempena cuti perayaan Krismas dan hujung minggu di Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (ICQ) Padang Besar, Perlis baru-baru ini.- UTUSAN/IZLIZAN OTHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain industri tempatan perlu sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan dan menambah variasi produk pelancongan bagi menarik lebih minat lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa.

Persatuan Solidariti Pengembaraan Dan Agensi Pelancongan Malaysia (Saftta), Dr. Fathir Badri Alhadad berkata, mereka perlu bijak bermain harga dan berusaha memberikan perkhidmatan yang bermutu bagi merancakkan lagi industri pelancongan.

“Sebagai contoh, jika di Thailand pelancong boleh mendaftar masuk pada pukul 2, mengapa di sini perkara tersebut masih menjadi isu?

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sekiranya ada penambahbaikan, bukan sahaja pelancong domestik tidak akan ke luar negara, bahkan lebih ramai pelancong antarabangsa lebih berminat datang ke Malaysia untuk bercuti,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Terdahulu, akhbar ini melaporkan bahawa laluan ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Bukit Kayu Hitam mengalami kesesakan luar biasa apabila ramai mengambil kesempatan bercuti ke negara jiran.

Difahamkan, kesesakan bermula seawal jam 6 pagi dengan kenderaan beratur panjang sejauh tiga kilometer untuk menyelesaikan urusan pasport dan pas sempadan.

Dalam pada itu, Pengasas Komuniti Your Inbound Matters, Uzaidi Udanis berkata, Malaysia perlu merangka strategi berkesan dan mengambil inspirasi daripada negara jiran sekiranya ingin menarik minat lebih ramai rakyat melancong dalam negara.

Jelasnya, negara berisiko kehilangan peluang berharga dalam sektor pelancongan sekiranya isu ini tidak diberi perhatian serius memandangkan pelancongan domestik masih bergelut untuk pulih selepas pandemik Covid-19.

Beliau berkata, Malaysia masih ketinggalan dalam menarik minat pelancong luar dengan kehadiran sekitar 20 juta pelancong asing pada tahun lalu berbanding Thailand yang berjaya menarik kira-kira 40 juta pelancong dalam tempoh sama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini