Empat individu pertama ditahan cuba rentas Sungai Golok

Empat individu pertama ditahan cuba rentas Sungai Golok

AYOB Khan Mydin Pitchay (duduk, kanan) diberikan taklimat oleh Mohd. Yusoff Mamat berkait situasi terkini banjir di Kelantan semasa melawat Balai Polis Repek, Pasir Mas, Kelantan-UTUSAN/YATIMIN ABDULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS: Empat individu ditahan Pasukan Gerakan Am (PGA) selepas cuba merentas sempadan Malaysia-Thailand melalui Sungai Golok dengan menggunakan pangkalan haram di Rantau Panjang, di sini semalam.

Mereka ditahan selepas polis menguatkuasakan larangan rentas sempadan bermula 1 Disember lalu yang mana peraturan tersebut turut terpakai kepada pelajar warganegara Malaysia yang tinggal Thailand tetapi bersekolah di Rantau Panjang.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, tangkapan itu adalah kejayaan pertama selepas lapan hari larangan tersebut dikuatkuasakan secara penuh mulai 1 Disember lalu.

“Mereka masing-masing dua warga tempatan dan dua rakyat Thailand. Dua warga tempatan yang kita tahan itu mahu menyeberang masuk secara haram dari Thailand menggunakan pangkalan haram. Kedua-dua individu ini masing-masing berusia 35 tahun dan 50 tahun,” katanya semasa turun padang meninjau situasi terkini banjir di Kelantan di Balai Polis Repek di sini hari ini.

Ayob Khan berkatam dua warganegara Thailand yang ditahan itu pula berusia masing-masing berusia 40 tahun dan 43 tahun.

“Warga Malaysia kita tahan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/63. Dua lagi warganegara Thailand kita tahan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/63.

“Kesemua tangkapan ini kita lakukan di lokasi berasingan dan mereka direman empat hari bagi membantu siasatan,” ujarnya.

Beliau yakin masih ada yang akan masuk ke negara ini menggunakan laluan tidak sah.

“Ia sudah lama berlaku, namun baru sekarang tindakan diambil. Kami mereka ikut peraturan dan undang undang sedia ada,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya