Dua sahabat pelawa dua rakyat Indonesia bergabung jalan kaki ke Mekah

Dua sahabat pelawa dua rakyat Indonesia bergabung jalan kaki ke Mekah

MOHAMAD Al-Bukhari Ellia dan Mohamad Azizul Abdullah (kanan) mempelawa dua lelaki dari Indonesia, Hendy serta Dani yang (kiri) untuk bergabung berjalan kaki ke Mekah.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAGAN SERAI: Dua rakyat Malaysia yang berjalan kaki ke Mekah untuk menunaikan haji tahun depan mempelawa dua individu dari Indonesia yang juga berjalan kaki ke tanah suci itu bergabung bersama mereka untuk menjayakan misi tersebut.

Mohamad Azizul Abdullah, 34, dan Mohamad Al-Bukhari Ellia, 26, berkata, mereka mengetahui mengenai dua lelaki dari negara jiran itu yang dikenali dengan nama Hendy dan Dani dari Cikarang Jawa Barat, Indonesia juga berjalan kaki ke Mekah melalui media sosial.

Menurutnya, mereka berjaya menghubungi dua lelaki itu yang lebih awal berjalan kaki ke Mekah iaitu pada 12 November lalu dari negara mereka.

Dua warga Indonesia itu kini sedang merentasi Sumatera menuju ke Batam seterusnya melanjutkan perjalanan ke Singapura, Malaysia dan Thailand.

Difahamkan, Hendy dan Dani juga mengambil keputusan sama seperti Mohamad Bukhari dan Mohamad Azizul iaitu untuk menaiki kapal terbang di Bangkok menuju ke India bagi mengelakkan laluan di kawasan yang bergolak atas faktor keselamatan.

Mohamad Al-Bukhari berkata, mereka mempelawa dan mencadangkan kepada Hendy dan Dani agar menaiki kenderaan apabila tiba di negara ini supaya perjalanan menjadi lebih cepat dan mereka dapat bergabung untuk berjalan kaki bersama-sama di Thailand nanti.

“Kami sering berhubung dengan mereka, bertanya perkembangan semasa mengenai kedudukan semasa mereka dan turut mempelawa berjalan bersama-sama ke Mekah bagi merapatkan ukhwah sesama Islam.

“Jika pelawaan itu diterima, ia menjadi satu rahmat buat kami dan hubungan keakraban dapat dijalinkan bukan hanya atas jalinan kedua-dua negara tetapi persaudaraan sesama islam di Nusantara,” katanya ketika dihubungi.

Mohamad Azizul dan Mohamad Al-Bukhari memulakan ekspedisi berjalan kaki ke Mekah dari kampung mereka di sini untuk menunaikan ibadah haji tahun depan dalam jarak perjalanan sejauh 10,000 kilometer dan mereka berjalan kaki 10 jam sehari.

Bagi perjalanan dalam negara, mereka berjalan kaki menggunakan Jalan Persekutuan hingga ke pintu sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kayu Hitam dan akan terus berjalan kaki hingga ke Hatyai, sebelum menaiki keretapi Bangkok seterusnya menaiki pesawat ke negara India dan berjalan kaki ke Mekah.

Ilham berjalan kaki ke Mekah dilakukan itu hasil inspirasi daripada kisah sahabat-sahabat Nabi yang mengembara untuk berdakwah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya