KUBANG PASU: Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan terdapat kebocoran melibatkan data kad pengenalan atau MyKad seramai 17 juta rakyat Malaysia yang kononnya dijual di laman web gelap. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, beliau menyemak perkara itu dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Agensi Keselamatan Siber Kebangsaan (NACSA). “Dakwaan itu timbul daripada seorang pengguna media sosial yang mempamerkan beberapa keping MyKad dan reka cerita 17 juta bocor.…










