Ujian bahasa Melayu pemohon warganegara ditambah baik - Utusan Malaysia

Ujian bahasa Melayu pemohon warganegara ditambah baik

SAIFUDDIN Nasution Ismail (kanan) dalam sidang akhbar ketika melawat Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta di Ipoh. - UTUSAN/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kementerian Dalam Negeri (KDN) sedang memproses 12,000 permohonan bagi taraf kewarganegaraan di bawah Perkara 19 Perlembagaan Persekutuan.

Jumlah itu merupakan daripada 49,000 permohonan yang sedang diproses oleh kementerian tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, untuk itu kerajaan juga sedang menilai penambahbaikan yang sesuai termasuk sesi temuduga dan Ujian Pengetahuan Bahasa Melayu (UPBM) terhadap pemohon.

Beliau juga menekankan kepada ujian bahasa tersebut dibuat dalam suasana yang lebih santai terutama bagi pemohon warga emas.

“Perkara tentang warganegara ini benda besar. Banyak ruang kita boleh tambah baik, tanpa berkompromi dengan peruntukan undang-undang yang ternyata dalam Perlembagaan,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri majlis di Rumah Seri Kenangan Ulu Kinta dekat sini hari ini.

Beliau sebelum itu menyaksikan program UPBM di Kompleks KDN di sini, membabitkan 56 orang pemohon berumur 70 hingga 100 tahun yang merupakan pemohon-pemohon bagi taraf kewarganegaraan di bawa Perkara 19(1) Perlembagaan Persekutuan.

Saifuddin berkata, beliau ada membincangkan berkenaan hal tersebut dengan pegawai kanan kementeriannya dan percaya penambahbaikkan itu boleh dibuat segera.

Menurut KDN, melalui Jabatan Pendaftaran Negara, telah diadakan beberapa sesi UPBM yang merangkumi ujian bertulis dan temuduga secara lisan terhadap permohonan kewarganegaraan di bawah Perkara 16 dan 19 Perlembagaan Persekutuan sepertimana yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

“Semua pemohon kewarganegaraan di bawah Perkara 16 hendaklah mempunyai tahap pengetahuan asas Bahasa Melayu manakala pemohon kewarganegaraan di bawah perkara 19 pula hendaklah mempunyai pengetahuan Bahasa Melayu yang mencukupi,” menurut kementerian itu kepada pemberita dalam majlis yang diadakan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×