TUMPAT: Seorang guru, Mohammad Izzuddin Izhar, 34, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Din meluahkan rasa syukur dan berpuas hati selepas dapat menjaga isterinya, Nur Atiqah My Yusoff, 30, yang menderita kanser tulang rawan tahap empat sehingga ke akhir hayat. Mohammad Izzuddin berkata, arwah itu menghembuskan nafas terakhir di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu kira-kira pukul 9 malam tadi semasa sedang menerima rawatan hampir sebulan. “Isteri saya…










