Banjir: 14 petugas media Terengganu terima bantuan

Banjir: 14 petugas media Terengganu terima bantuan

FAHMIFadzil (tengah) menyampaikan Bantuan Pasca Banjir kepada pengamal media yang terjejas banjir di Kuala Terengganu hari ini. -  UTUSAN/PUQTRA HAIRRY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Seramai 14 warga media Terengganu dari tiga agensi di bawah Kementerian Komunikasi hari ini menerima bantuan kewangan RM1,000 seorang melalui Program Bantuan Pasca Banjir Ihsan komuniti Madani.

Mereka adalah sebahagian dari keseluruhan 109 penerima di bawah program tersebut yang disempurnakan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dekat Pulau Kambing, di sini.

Fahmi berkata, bantuan itu adalah inisiatif kementerian sebagai tanda keprihatinan kepada pengamal media yang diuji bencana banjir baru-baru ini.

“Malah, saya difahamkan walaupun terjejas banjir, pengamal media masih bertugas seperti biasa untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai dan ini sangat kita hargai,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN