Terap rasa bersyukur dan berterima kasih - Darren Dee - Utusan Malaysia

Terap rasa bersyukur dan berterima kasih – Darren Dee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Mengukir kejayaan pada kedudukan tersendiri pada waktu ini, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Kumpulan Keyfield, Datuk Darren Kee, tidak menolak bahawa dia sentiasa berpegang teguh kepada empat teras utama yang menjadi amalan dalam hidupnya.

Menurut Darren, sebagai seorang pemimpin, empat nilai iaitu ‘Respect’ (Hormat), Intergriti, ‘Contentment’ (Bersyukur) dan ‘Humanity’ (Berperikemanusiaan) sentiasa disematkan dalam jiwa dalam usaha untuk sukses.

“Bagaimanapun, ‘contentment ‘ atau perasaan bersyukur ini unik, agak berbeza dari korporat lain. Contentment bagi saya rasa bersyukur, berterima kasih dengan rezeki yang saya peroleh.

“Bukan puas, saya masih ingin teruskan perkembangkan perniagaan. Dari aspek berperikemanusiaan, dia juga mempunyai cogan kata sendiri iaitu Keriangan Berkongsi (Joys of Sharing).

“Ini merupakan salah satu ciri kemanusiaan yang amat penting dalam budaya kerja yang saya terapkan,”katanya menerusi podcast Apa Cerita? yang dikendalikan oleh Asyraf Khalid dan Ishraq Kamarudin.

Selain itu, Darren berkata, pihaknya juga giat menggerakkan program amal kebajikan (CSR) sejajar dengan tagline ‘Keriangan Berkongsi itu tadi.

“Kami membantu orang asli melalui sistem penapis air untuk mendapat air yang lebih bersih, membaik pulih surau dan gereja, memberi bantuan kepada anak yatim piatu dan golongan asnaf.

“Kami juga ada menderma kepada persatuan basmi miskin, menolong golongan yang memerlukan pada musim perayaan. Amalan ini harus kita buat terutama apabila kita dalam keadaan lebih baik daripada orang lain.

“Dari segi kewangan, jika mampu, kita bantu. Inilah masanya kita beri balik kepada masyarakat,” ujarnya.

Kata Darren, amalan bersedekah ini sebenarnya untuk memperbaiki diri sendiri bukan mengharapkan balasan.

“Tetapi bukan bila kita bersedekah, kita mengharapkan balasan. Itu salah. Bila kita buat sedekah sebenarnya untuk perbaiki diri sendiri kerana kita diberi peluang untuk menolong orang lain.

“Saya ada baca satu buku berjudul Seeking A Life Balance. Antara nilai-nilai Islam dalam etika kerja adalah seperti Amanah, Ikhlas, Itqan dan Taaawun. Nilai seperti ini kita perlu amal dalam etika bekerja.

“Bila seseorang itu bekerja, dia terima balasan seperti gaji dan pengiktirafan. Sebenarnya anda kena tahu kerja itu adalah ibadah. Anda perlu selesaikan tuntutan kerja sekurang-kurangnya mencapai apa yang dijangka dari tugasan yang diberi,”katanya.

Tidak cuma itu, Darren juga percaya bahawa seseorang perlu mendapat kepercayaan daripada orang lain sebelum menjadi individu yang berjaya.

Malah, Darren juga menekan konsep memanfaatkan orang lain sebelum memanfaatkan diri sendiri dalam bidang perniagaan.

“Sebagai seorang pemimpin, kita ini tidak sepatutnya sentiasa duduk dalam pejabat lama sangat. Pemimpin patut keluar mencari perniagaan dan peluang baru serta patut peka terhadap struktur kos perniagaan, aliran wang tunai.

“Syarikat seharusnya mempunyai sistem yang baik untuk beroperasi dengan sendiri. Itulah yang kami cuba capai.

“Saya pengamal agama Buddha, salah satu amalan yang digalakkan adalah kurangkan keakuan diri.
Kedamaian batin juga dapat membantu seseorang lebih tenang menjalankan tugas,”katanya.

Sebelum menutup sesi bual bicara, Darren memberi nasihat kepada individu yang ingin menjadi versi diri yang lebih baik.

“Nasihat saya adalah jadilah orang yang lebih penyayang, lebih memahami. Bantu sebanyak yang anda boleh, jangan terlalu berkira sangat.

“Dalam hidup, banyak kebaikan yang anda buat, orang akan perhati dan menghargai.

“Apa yang paling penting, anda rasa bahagia dengan diri sendiri. Jangan terlalu banyak bergelut dengan diri sendiri. Hidup boleh jadi lebih tenang jika tidak terlalu bersaing. Ikhlas dan buat yang terbaik,” katanya lagi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya