PETALING JAYA: Syarikat amanah, Rakyat Trustee Berhad (RTB) memeterai perjanjian kerjasama dengan Nusa Kapital Sdn. Bhd. (Nusa Kapital) dan TT Gratia Group bagi menerokai sektor hartanah di Melaka. Pengarah Urusan RTB, Faudzi Mt Din berkata, ini adalah usaha sama sulung syarikat bersama Nusa Kapital yang merupakan penyedia platform pembiayaan antara-rakan-setara atau peer to peer (P2P) patuh syariah pertama di negara ini. Beliau berkata, pemeteraian kerjasama itu juga akan melibatkan dana…










