Pelantikan Hasanah, Ahmad Terrirudin timbul persoalan 

Pelantikan Hasanah, Ahmad Terrirudin timbul persoalan 

HAMID SULTAN ABU BACKER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelantikan Hakim Besar Malaya dan Peguam Negara dilihat seolah-olah mengetepikan Jawatankuasa Pelantikan Kehakiman (JAC).

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Dr. Hamid Sultan Abu Backer  berkata, JAC tidak mempunyai korum yang mencukupi untuk membuat satu-satu keputusan termasuk dalam pelantikan kedua-dua jawatan berkenaan.

Malah katanya, pelantikan dua jawatan itu juga dilihat tergesa-gesa sehingga menimbul pelbagai persoalan terhadap tadbir urus dibawah Kerajaan Perpaduan. 

“Di bawah undang-undang, semua pelantikan sepatutnya disyorkan oleh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC), jadi agak mendukacitakan untuk mengetahui daripada laporan berita bahawa JAC ditinggalkan tanpa korum sehingga awal bulan ini.

“Itu bukan petanda yang baik dan  menunjukkan bahawa pelantikan Hasnah,  Ahmad Terrirudin dan lain-lain mungkin tidak melalui JAC dan prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang serta tadbir urus yang baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mengulas  pelantikan Datuk Seri Hasnah Mohammed Hashim sebagai Hakim Besar Malaya dan Datuk Ahmad Terrirudin Mohd Salleh dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu.

Dalam pada itu, Hamid Sultan berkata, selepas pilihan raya 2018, tidak semua pelantikan kehakiman diteliti oleh JAC. Ada yang ditolak oleh eksekutif, melanggar doktrin pengasingan kuasa.

“Saranan Raja-Raja untuk mengurangkan peranan Eksekutif dalam pelantikan hakim, yang dibuat dua tahun lalu, masih belum diambil tindakan oleh Kerajaan Perpaduan.

“Adalah amat mengecewakan untuk diperhatikan bahawa industri perundangan dan pelbagai pihak berkepentingan keadilan yang lain telah gagal untuk meneruskan pembaharuan seperti yang diarahkan Raja-Raja,” jelasnya.– UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya