KUALA LUMPUR: Pas tidak pernah berebut untuk mengemudi Perikatan Nasional (PN) seperti yang dicadangkan oleh bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Dr. Muhammad Faiz Na’aman. Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad berkata, siapa yang lebih layak untuk mengemudi PN seharusnya dibincangkan bersama parti komponen, malah isu itu tidak menjadi keutamaan ketika ini. “Dalam soal Pas kemudi atau tidak kemudi, kita perlu berbincang dengan parti komponen…










