Pahang bina pangsapuri untuk B40 tahun depan

Pahang bina pangsapuri untuk B40 tahun depan

WAN ROSDY Wan Ismail (tengah) menunjukkan buku Belanjawan Pahang 2025 selepas sidang akhbar di Wisma Sri Pahang, Kuantan, Pahang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kerajaan negeri akan membina pangsapuri di bawah Projek Pangsapuri Pahang bagi menampung keperluan rumah bagi golongan B40.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pembinaan pangsapuri itu merupakan projek rintis yang dijangka bermula tahun depan. 

“Ini adalah projek rintis yang mana kita dapati tanah di negeri ini semakin kurang. Jadi, dengan pangsapuri ini, ramai yang akan dapat duduk. 

“Lokasinya kita masih belum kenal pasti kerana ini projek rintis, namun yang pastinya ia akan menguntungkan terutama buat golongan B40. 

“Perancangannya akan dibuat di setiap daerah dan kita akan mula bina satu dahulu tahun depan,” katanya dalam sidang akhbar selepas membentangkan Belanjawan Pahang 2025 di Wisma Sri Pahang di sini. 

Tambah Wan Rosdy lagi, pihaknya masih lagi belum memutuskan sama ada pangsapuri berkenaan akan diberikan secara percuma atau dijual secara sewa beli. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN